Friday, January 25, 2013

Najib suntik semangat setiakawan di Gaza

SALAM! Syabas PM Najib kerana pergi ke Gaza, walaupun singkat. Pemergian Najib ke Gaza ialah satu lagi simbol komitmen rakyat Malaysia terhadap sebuah negara yang dipijak oleh rejim Zionis Israel. Tak sesiapa pun boleh faham dengan mendalam kesengsaraan rakyat Palestin sehingga mereka tidak pergi ke situ. Saya sempat pergi ke Gaza sebanyak 2 kali, dan setiap kali ke sana saya dapat menghalusi keperitan yang mereka rasa. PM Najib mungkin tidak boleh memberi bantuan besar seperti membebaskan rakyat Palestine dari cengkaman Israel, tetapi ia cukup untuk memberi sokongan moral kepada sebuah negara yang merempat di bumi sendiri. Gaza memerlukan semangat, wang berjuta dan sokongan poltik satu dunia untuk hidup sebagai sebuah negara yang benar2 merdeka. Rakyat Palestine sendiri berpecah belah dan berpuak-puak, dengan fahaman ideologi yang berbeza-beza. Tetapi setiap orang dari mereka mahukan keamaan dan kemerdekaan yang boleh menjamin kesejahteraan setia warganegara itu. PM Najib tak mungkin boleh menjamin itu semua, tetapi semangat setiakawan dunia sejagat amat penting jika kita mahu melihat dunia yang aman dan harmonis. Konflik di mana saja di bumi Allah ini boleh merebak dan mengancam keamaan dunia. Sama-samalah kita bantu dan bina mahligai keamanan dunia kita.

No comments: